Saturday, 3 September 2016

SEJARAH PUSAT KEGIATAN GURU

Pusat Kegiatan Guru (PKG) dari segi sejarah penubuhannya bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah namanya kepada Pusat Media Daerah (PMD).

​Pada tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Ianya adalah selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Setiap PSPD memberikan khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah sekitarnya. Fungsi utama PSPD di kala itu ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan di bandar dan luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran berkos rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (TEKNOPEN).

Seterusnya pada tahun 1990, KPM dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia telah membina 200 buah bangunan kekal PKG dan 150 buah lagi ditempatkan di bangunan sementara.

Pada tahun 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Pendidikan sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Mulai 1 Januari 1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN dan PSPN pula diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM berdasarkan surat arahan KP(PP)0050/126/1 Jld. 7 (23) bertarikh 30 Oktober 1995. Kini, PSPN dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

SENARAI SEKOLAH ZON PKG BENUT


1.   JBA6037 SK SANGLANG
2.   JBA6039 SK SERI ANOM
3.   JBA6041 SK BENUT
4.   JBA6042 SK SERI SINARAN
5.   JBA6043 SK BUGIS BENUT
6.   JBA6044 SK SERI SEMANGAT
7.   JBA6045 SK SERI JAYA
8.   JBA6046 SK SERI SETIA
9.   JBA6047 SK SERI BAHAGIA
10. JBA6048 SK SERI KEMBAR
11. JBA6049 SK SERI AL ULUM
12. JBA6050 SK SERI SENANG HATI
13. JBA6051 SK PARIT MARKOM
14. JBB6021 SK SRI BENUT
15. JBC6009 SJK(C) LEE MING
16. JBC6010 SJK(C) LOK YORK
17. JBC6011 SJK(C) LOK YU 1
18. JBC6012 SJK(C) LOK YU(2)
19. JBC6013 SJK(C) LOK YU 3
20. JBC6014 SJK(C) LOK YU 4
21.JBC6015 SJK(C) LOK YU 6
22.JBC6023 SJK(C) YU MING
23.JCT6001 SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU PONTIAN
24. JEA6005 SMK SRI TANJUNG
25. JEA6009 SMK PARIT BETAK
26. JEE6017 SMK BENUT
27. JFT6001 SM AGAMA (ARAB) AN-NUR
28. JFT6003 SEKOLAH MENENGAH AGAMA BUGISIAH