Pusat Kegiatan Guru (PKG) dari segi sejarah penubuhannya bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah namanya kepada Pusat Media Daerah (PMD).
Pada tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Ianya adalah selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Setiap PSPD memberikan khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah sekitarnya. Fungsi utama PSPD di kala itu ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan di bandar dan luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran berkos rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (TEKNOPEN).
Seterusnya pada tahun 1990, KPM dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia telah membina 200 buah bangunan kekal PKG dan 150 buah lagi ditempatkan di bangunan sementara.
Pada tahun 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Pendidikan sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.
Mulai 1 Januari 1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN dan PSPN pula diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM berdasarkan surat arahan KP(PP)0050/126/1 Jld. 7 (23) bertarikh 30 Oktober 1995. Kini, PSPN dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).
Saturday, 3 September 2016
SENARAI SEKOLAH ZON PKG BENUT
1. JBA6037 | SK SANGLANG |
2. JBA6039 | SK SERI ANOM |
3. JBA6041 | SK BENUT |
4. JBA6042 | SK SERI SINARAN |
5. JBA6043 | SK BUGIS BENUT |
6. JBA6044 | SK SERI SEMANGAT |
7. JBA6045 | SK SERI JAYA |
8. JBA6046 | SK SERI SETIA |
9. JBA6047 | SK SERI BAHAGIA |
10. JBA6048 | SK SERI KEMBAR |
11. JBA6049 | SK SERI AL ULUM |
12. JBA6050 | SK SERI SENANG HATI |
13. JBA6051 | SK PARIT MARKOM |
14. JBB6021 | SK SRI BENUT |
15. JBC6009 | SJK(C) LEE MING |
16. JBC6010 | SJK(C) LOK YORK |
17. JBC6011 | SJK(C) LOK YU 1 |
18. JBC6012 | SJK(C) LOK YU(2) |
19. JBC6013 | SJK(C) LOK YU 3 |
20. JBC6014 | SJK(C) LOK YU 4 |
21.JBC6015 | SJK(C) LOK YU 6 |
22.JBC6023 | SJK(C) YU MING |
23.JCT6001 | SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU PONTIAN |
24. JEA6005 | SMK SRI TANJUNG |
25. JEA6009 | SMK PARIT BETAK |
26. JEE6017 | SMK BENUT |
27. JFT6001 | SM AGAMA (ARAB) AN-NUR |
28. JFT6003 | SEKOLAH MENENGAH AGAMA BUGISIAH |
Subscribe to:
Posts (Atom)